17,036 calon duduki UPSR di Negeri Sembilan

Pkharuddin melawat calon UPSR di Sekolah Kebangsaan King George V Seremban di sini hari ini.
Pkharuddin melawat calon UPSR di Sekolah Kebangsaan King George V Seremban di sini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 17,036 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di 359 pusat pemeriksaan di seluruh Negeri Sembilan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah itu melibatkan 11,989 calon Sekolah Kebangsaan, 3,451 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 1,275 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan 321 calon sekolah swasta.

Seramai 10 calon pula menduduki ujian berkenaan di hospital melibatkan lima calon di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, dua di Hospital Tampin dan masing-masing satu di Hospital Columbia, Seremban, Nilai Medical Centre Nilai dan Hospital Jempol.

"Selain itu, terdapat 44 calon berkeperluan khas menduduki ujian berkenaan di negeri ini membabitkan mereka yang mengalami disleksia, autism dan rabun.

Pkharuddin semasa melawat calon UPSR yang patah tangan akibat kemalangan di Sekolah Kebangsaan King George V Seremban di sini hari ini.
Pkharuddin semasa melawat calon UPSR yang patah tangan akibat kemalangan di Sekolah Kebangsaan King George V Seremban di sini hari ini.

"Di sekolah ini terdapat dua calon UPSR ditempatkan di bilik khas berikutan mengalami patah tangan akibat kemalangan. Segala keperluan mereka dijaga dengan sempurna untuk keselesaan mereka menghadapi peperiksaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan di Sekolah Kebangsaan King George V di Seremban pagi tadi.

Peperiksaan yang berlangsung selama lima hari itu akan diselia 1,317 pengawas peperiksaan termasuk 92 penyelia di kawasan.

Artikel Berkaitan: