X

Kindly register in order to view this article
!

Kebocoran gas ammonia: 81 calon UPSR dipindahkan ke pusat peperiksaan baharu

Abu Bakar melakukan lawatan di pusat peperiksaan UPSR baharu di Sekolah Menengah Seri Mahkota Umbai, yang menempatkan murid-murid sekolah yang terjejas ekoran kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, semalam.
A
A

MELAKA - Perjalanan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membabitkan 81 murid yang sekolah mereka terjejas ekoran kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam semalam berjalan lancar.

Kesemua 81 calon itu membabitkan 75 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat dan enam dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Serkam kini ditempatkan di pusat peperiksaan baharu di Sekolah Menengah Seri Mahkota Umbai, Merlimau.

Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, kesemua calon dari kedua-dua sekolah itu hadir dan menduduki peperiksaan seperti yang dijadualkan dan mereka menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu Pemahaman pada jam 8.20 pagi tadi.

Menurutnya, walaupun keputusan pemindahan ini dibuat malam tadi namun persiapan peperiksaan dibuat dengan lancar selain mendapat kerjasama baik daripada ibu bapa.

"Kesemua mereka selamat dan mula menjawab kertas peperiksaan seperti yang dijadualkan walaupun lewat lima minit berbanding waktu sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara

Kebocoran gas ammonia: Tiga sekolah diarah tutup

26 pekerja kilang sesak nafas, gas ammonia bocor

“Manakala seorang calon terpaksa kita kuarantinkan kerana menghidap demam campak, langkah ini dibuat bagi mengelak daripada dijangkiti kepada murid lain," katanya ketika ditemui di SMK Sri Mahkota, di sini hari ini.

Mengulas mengenai sebuah lagi pusat peperiksaan baharu di SK Paya Dalam yang menempatkan 20 calon dari SK Paya Redan, Abu Bakar berkata, kesemua calon juga berada dalam keadaan baik dan peperiksaan berjalan lancar.

Abu Bakar melakukan lawatan di pusat peperiksaan UPSR baharu di Sekolah Menengah Seri Mahkota Umbai, yang menempatkan murid-murid sekolah yang terjejas ekoran kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, semalam.
Abu Bakar melakukan lawatan di pusat peperiksaan UPSR baharu di Sekolah Menengah Seri Mahkota Umbai, yang menempatkan murid-murid sekolah yang terjejas ekoran kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam, semalam.

Jelasnya, perkembangan semasa juga akan diperolehi daripada pasukan keselamatan dan sekiranya keadaan kembali pulih, kesemua murid terlibat akan kembali ke sekolah masing- masing bagi meneruskan peperiksaan di sana.

“Jika keadaan kembali pulih kesemua pelajar akan menjalani peperiksaan di sekolah masing-masing namun segala perkembangan akan diperolehi daripada pihak keselamatan khususnya bomba dan polis.

“Kemungkinan pusat peperiksaan baharu di Sekolah Menengah Seri Mahkota ini hanya digunakan untuk hari ini sahaja,” katanya.

Secara keseluruhannya seramai 13,213 calon mengambil peperiksaan UPSR di Melaka membabitkan tiga daerah di negeri ini, Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus