7 lelaki ditahan gaduh di tapak projek

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam pergaduhan di tapak pembinaan Taman Desa, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa seorang pengawal keselamatan bersama rakannya yang berada di pos pengawal didatangi sekumpulan lelaki warga Bangladesh.

Menurutnya, kumpulan terbabit telah bergaduh dengan pengawal keselamatan itu menggunakan besi dan kayu.

"Kemudian suspek telah merosakkan pos pengawal keselamatan sebelum melarikan diri.

"Pergaduhan itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian badan dan muka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada selisih faham antara mereka sebelum ini.

Susulan itu, tangkapan dibuat membabitkan tiga lelaki tempatan serta empat warga Bangladesh berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun pada jam 5.30 petang hari kejadian.

"Suspek mengaku ada berlaku perselisihan faham di antara pekerja dan pengawal keselamatan di tapak pembinaan tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek akan direman untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.