Hujan renyai tidak halang ibu bapa temani anak UPSR

Nor Amidah mencium anaknya Izzatul Aliyah sebelum peperiksaan UPSR bermula di SK Bandar Pontian, hari ini.
Nor Amidah mencium anaknya Izzatul Aliyah sebelum peperiksaan UPSR bermula di SK Bandar Pontian, hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Hujan renyai tidak menghalang ibu bapa dan penjaga hadir memberi kata-kata semangat buat 162 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan ( SK) Bandar Pontian di sini, menduduki peperiksaan Ujian Percapaian Sekolah Rendah ( UPSR) hari ini.

Ibu bapa dan penjaga bersama calon-calon tidak ketinggalan membaca surah yasin sebelum peperiksaan kertas pertama bahasa Melayu bermula.

Sarapan pagi iaitu roti turut diberikan percuma Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama penyumbang kepada calon UPSR.

Calon UPSR menikmati sarapan percuma sebelum masuk ke dewan peperiksaan di SK Bandar Pontian, pagi ini.
Calon UPSR menikmati sarapan percuma sebelum masuk ke dewan peperiksaan di SK Bandar Pontian, pagi ini.

Seorang ibu yang juga guru, Nor Amidah Md Amin, 40, berkata, dia berasa teruja untuk menghantar anak keduaya pergi ke sekolah menduduki ujian tersebut.

"Alhamdulilah, peperiksaan percubaan sebelum ini anak kami mendapat keputusan yang baik. Saya dan suami sentiasa berdoa agar dia dapat mencapai keputusan cemerlang pada UPSR sebenar," katanya.

Mazli bersalaman dengan calon UPSR sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan di SK Bandar Pontian, pagi ini.
Mazli bersalaman dengan calon UPSR sebelum mereka masuk ke dewan peperiksaan di SK Bandar Pontian, pagi ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Bandar Pontian, Mazli Hashim berkata pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan 100 peratus lulus dalam semua subjek UPSR pada tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keyakinan itu berdasarkan kepada peningkatan pencapaian murid yang cukup memberangsangkan setiap kali penilaian diadakan.

"PIBG banyak membantu dan memberikan sokongan kepada usaha sekolah meningkatkan prestasi murid dengan mengadakan tuisyen, perkampungan UPSR serta motivasi," katanya.