Laporan wartawan cetus protes di India

Pawan Jaiswal menjadi terkenal susulan laporannya tentang pelajar miskin di sebuah sekolah rendah di Uttar Pradesh diberi makan roti dan garam.
Pawan Jaiswal menjadi terkenal susulan laporannya tentang pelajar miskin di sebuah sekolah rendah di Uttar Pradesh diberi makan roti dan garam.
A
A
A

NEW DELHI - Cubaan pihak berkuasa India mendakwa seorang wartawan yang mendedahkan kualiti buruk makanan disediakan di sekolah kerajaan mencetuskan protes berhubung kebebasan media yang semakin teruk di negara itu.

Nama Pawan Jaiswal menjadi perhatian susulan laporannya tentang pelajar miskin di sebuah sekolah rendah di Uttar Pradesh diberi makan roti dan garam dan bukannya program makanan sihat seperti yang sepatutnya.

Laporan berkenaan mencetuskan kritikan terhadap kerajaan tempatan yang dikuasai Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi yang kemudian bertindak melancarkan siasatan jenayah terhadap Jaiswal.

"Amat mengejutkan, seharusnya tindakan diambil untuk membetulkan keadaan sebaliknya kerajaan memfailkan kes jenayah terhadap Jaiswal," kata Editors Guild of India dalam satu kenyataan.

Berpuluh wartawan berhimpun di luar pejabat daerah mendesak siasatan terhadap Jaiswal dibatalkan.

Wartawan di India menzahirkan rungutan tentang kebebasan media yang semakin teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Undang-undang sering digunakan oleh ahli politik daripada pelbagai parti bagi menyekat kritikan media sosial. - AFP

Artikel Berkaitan: