X

Kindly register in order to view this article
!

Universiti atau humaniversiti?

A
A

PROF George Ritzer telah mengarang sebuah buku yang bertajuk "Mcdonaldization Of The Society".

Buku ini memcetuskan kontroversi yang hangat tentang bukan sekadar hakikat masyarakat dunia tetapi juga hakikat universiti.

Benarkah universiti mendidik dan membentuk sejahtera diri atau menghasilkan "modal insan" seperti Mcd menghasilkan burger?

Prof Tan Sri Dzulkifli, Rektor UIAM, telah mencabar teori "universiti" dan mencadangkan falsafah "humaniversiti" yang lebih bersifat sejahtera. Kita perlu terlebih dahulu faham fenomena Mcdonaldisasi oleh Ritzer. Ritzer telah mengariskan empat komponen Mcdonaldisasi.

Penulis akan jelaskan dengan memberi contoh dari aspek pendidikan.

Empat komponen Mcdonaldisasi ialah kawalan (control), perkiraan (calculability), ramalan (predictability) dan kecekapan (eficiency). Cuba bayangkan rasa Big Mac di setiap cawangan Mcd. Adakah rasanya sama?

Sudah tentu rasanya sama samada kamu makan Big Mac di Johor, atau Kelantan atau di London. Maksudnya kamu dapat meramal (predict) rasa Big Mac. Bayangkan rasa char kuetiau di Ipoh danchar kuetiau di London, nama sama tetap rasa pasti lain. Bahkan, kadangkala satu tukang masak pun rasa lain bila mood berubah!

Juga burger lembu biasa mestilah harganya lebih rendah dari Big Mac kerana rasa dan kandungannya pun kurang bahan. Maksudnya kualitinya boleh di kira dan di ukur (calculability).

Maksudnya rasa burger boleh dikawal (control). Bahkan resepi dan kualiti masakan pekerja pun boleh di kawal. Mood pekerja tidak memberi apa-apa implikasi kepada rasa burger.

Cemerlang

Pekerja yang cemerlang adalah pekerja yang cekap (eficient). Pekerja yang cekap ialah "modal insan" yang mampu menggunakan mesin dengan cekap. Mindanya tertumpu kepada penggunaan mesin mengikut manual yang di beri. Frasa 3M iaitu Manusia-Minda-Mesin adalah falsafah "pendidikan" pekerja yang bermatlamat menghasilkan modal insan yang cekap.

Persoalannya ialah adakah falsafah pendidikan universiti mengambil roh falsafah pendidikan ala Mcd?

Rasa burger Mcd boleh di ramal dan di kawal kerana pekerja tidak di benarkan memaksimakan kreativiti masakan mereka. Mereka hanya perlu mengikut manual bagaimana menggunakan mesin dengan betul dan cekap. Adakah "pekerja-pekerja ilmu" juga hanya perlu mengajar mengikut manual yang di beri?

Selagi hasil pembelajaran (learning outcomes) yang tercatat dalam manual di ikuti, maka pekerja ilmu boleh di anggap cekap "mendidik" pelajar? Penilaian kualiti pelajar dan pekerja ilmu di sandarkan kepada apakah soalan assignmen dan ujian yang di beri itu mengikut hasil pembelajaran yang di beri.

Dalam buku yang bertajuk "All Our Children Learning", Prof Benjamin Bloom yang telah mencipta Taksonomi Bloom yang di gunapakai oleh universiti-universiti Malaysia secara meluas berhujah bahawa sifat guru tidak memainkan peranan utama dalam pendidikan. Bagi Bloom, yang juga merupakan mastermind pendidikan Israel, kualiti pengajaran guru adalah lebih utama.

Maknanya apa? Maknanya ialah kalau guru mengajar mengikut manual 100%, maka dia adalah guru mitsali walaupun falsafah hidupnya bertentangan dengan Rukun Negara dan agamanya. Yang akan di nilai ialah kertas-kertas catatannya yang mengandungi soalan-soalan asignmen dan ujian.

Logiknya ialah kalau setiap guru di nilai mengikut sejauh mana dia mengajar mengikut manual, maka kualiti pelajar boleh di kira. Kalau dua pelajar ambil subjek yang sama dan mencapai markah ujian yang sama, maka mestilah kualiti kedua-dua pelajar juga sama walaupun guru berbeza.

Maknanya kalau seorang guru berfalsafah komunis dan seorang guru komited pada agama kedua-dua mengajar subjek yang sama, maka kualiti pelajar-pelajar yang di lahirkan adalah juga sama selagi mereka ikut manual pengajaran! Senario ini sama dengan dua pekerja Mcd yang akan menghasilkan burger yang sama kualitinya walaupun seorang pekerja beragama dan seorang lagi menyembah iblis! Maka ini guru seolah-olah hanya pekerja ilmu dan pelajar hanyalah konsumer ilmu.

Adakah universiti menjadi "burgerversiti" atau "humaniversiti"? Penulis akan menyambung falsafah sejahtera ini minggu depan.

* Xifu Naser Tun Rahman ialah Pensyarah Pemikiran Kritis UIAM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus