Lanjut umur bersara undang masalah pengangguran, sosial

Kerajaan sedang meneliti saranan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan kepada pekerja swasta serta meningkatkan had umur bersara kepada 65 tahun. (Gambar kecil, Rusdi)
Kerajaan sedang meneliti saranan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan kepada pekerja swasta serta meningkatkan had umur bersara kepada 65 tahun. (Gambar kecil, Rusdi)
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan melanjutkan umur pencen akan mewujudkan ramai graduan menganggur dan boleh mengakibatkan masalah sosial yang tinggi dalam negara.

Penganalisis, Prof Madya Rusdi Omar berkata, kebanyakan kakitangan awam yang berumur lebih 60 tahun mempunyai tahap kesihatan yang kurang baik.

“Sepatutnya kerajaan membuka peluang kepada golongan muda untuk menggantikan mereka yang lebih senior supaya negara sentiasa mempunyai generasi pelapis yang lebih bertenaga dan produktif untuk menyumbang bakti mereka.

“Masalah kesihatan dalam kalangan kakitangan awam amat membimbangkan selepas mereka berusia 50 tahun ke atas atau mungkin juga di bawah umur tersebut.

“Bila ini berlaku, ia boleh menjejaskan produktif kerja mereka dan seterusnya memberi kesan besar pada organisasi,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu lanjutkan had persaraan, namun ada beberapa perkara kebajikan yang perlu diambil peduli terutamanya semak kembali kenaikan gaji dan pangkat, termasuklah tingkatkan elaun sara hidup dan elaun lain.

Beliau berkata, mereka yang sudah berpencen boleh terus berkhidmat kepada negara dengan menceburi bidang swasta untuk membangunkan perniagaan dan industri baru.

Kerajaan sedang meneliti saranan yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan pemberian elaun kos sara hidup (COLA) bulanan kepada pekerja swasta serta meningkatkan had umur bersara kepada 65 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan akan teliti cadangan tingkat had umur persaraan

Artikel Berkaitan: