Bahan kek disangka dadah

Beg pakaian berisi serbuk putih yang disangka dadah hanyalah bahan membuat kek vegan.
Beg pakaian berisi serbuk putih yang disangka dadah hanyalah bahan membuat kek vegan.
A
A
A

GATWICK - Satu 'serbuan dadah' di Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick di London gagal apabila hanya menemukan beg pakaian berisi bahan membuat kek untuk sebuah kedai roti vegan.

Difahamkan beberapa pekerja restoran piza Purezza membawa bahan membuat kek di dalam sebuah beg pakaian apabila salah seorang daripada mereka ditahan oleh Polis Pengangkutan Britain.

Beg tersebut mengandungi beberapa beg plastik biru dipenuhi serbuk berwarna putih yang kelihatan seperti dadah.

Hasil ujian polis mendapati serbuk putih terbabit bukanlah bahan terlarang sebaliknya hanya bahan membuat kek vegan.

"Anggota kami dipanggil ke Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick pada kira-kira jam 1.34 petang (waktu tempatan) pada 28 Ogos lalu selepas sebuah beg pakaian mengandungi 25 beg plastik berisi serbuk putih ditemukan.

"Susulan beberapa ujian, disahkan serbuk berkenaan adalah bahan membuat kek," kata Polis Pengankutan Britain dalam satu kenyataan.

Susulan insiden itu, pasukan polis turut memuat naik ciapan berbunyi: "Tolong label makanan anda dan bawa sampel kek apabila anda melawat lain kali."

Restoran Purezza yang mempunyai cawangan di Brighton dan Camden, utara London turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan menjanjikan kek buat mereka sekiranya berada di Brighton. - Agensi

Artikel Berkaitan: