Pound Britain jatuh angkara kemelut Brexit

No Image Caption
A
A
A

LONDON - Mata wang Pound Britain dilaporkan jatuh di bawah AS$1.20 hari ini, pertama kali sejak tahun 2017 susulan kemungkinan pilihan raya umum di tengah-tengah kemelut Brexit.

Pound Sterling mencecah AS$1.1972 sekitar 6.40 pagi (waktu tempatan) di saat Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berdepan tentangan Ahli Parlimen partinya sendiri, Parti Konservatif berhubung strategi Brexitnya yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum awal bulan depan.

Menjelang jam 7.00 pagi, ia mula pulih sedikit ke paras AS$1.1987.

"Kelihatan pedagang Sterling tidak berminat untuk menunggu keputusan undian Dewan Perwakilan apabila Pound merudum di bawah $1.20 berbanding dolar awal hari ini," kata Craig Erlam, penganalisis kanan pasaran di Kumpulan Dagangan Oanda kepada AFP.

Undian di Dewan Perwakilan bertujuan memaksa Johnson menangguhkan pelaksanaan Brexit pada 31 Oktober sekiranya beliau tidak memeterai perjanjian baharu yang lebih baik dengan Brussels dalam masa terdekat.

Namun, Johnson bertegas Britain akan tetap meninggalkan Kesatuan Eropah dengan atau tanpa perjanjian. - AFP

Artikel Berkaitan: