Caruman SKSPS masih rendah

Aminuddin (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang pencarum. Turut kelihatan Mohammed Azman (kanan).
Aminuddin (dua dari kanan) menyampaikan cek kepada salah seorang pencarum. Turut kelihatan Mohammed Azman (kanan).
A
A
A

SEREMBAN - Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi pemandu teksi, kereta sewa, e-hailing dan bas, masih lagi rendah berbanding jumlah keseluruhan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed menyifatkan, ia masih jauh dari sasaran apabila hanya sekitar 20 peratus yang mencarum atau melibatkan kira-kira 60,000 mendaftar SKSPS daripada sejumlah 300,000 pemandu terlibat yang direkodkan sejak 2017.

Menurutnya, caruman berkenaan bertujuan memberi perlindungan dan menjaga kebajikan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kepada pihak terlibat semasa bekerja.

“Tempoh dua tahun diberikan kepada mereka adalah masa yang cukup lama dan kita akan melakukan operasi secara besar-besaran untuk mengesan mereka.

"Malah, kita akan lakukan ini secara serius dan tujuan kita adalah memastikan mereka ini mendapat perlindungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat Tahun 2019 di Klana Resort Seremban hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Artikel Berkaitan:

Aminuddin (tiga dari kiri) dan Mohammed Azman (tengah) beramah mesra dengan penerima caruman Perkeso di Klana Resort hari ini.
Aminuddin (tiga dari kiri) dan Mohammed Azman (tengah) beramah mesra dengan penerima caruman Perkeso di Klana Resort hari ini.

Sementara itu, Mohammed Azman memberitahu, sebanyak 5,869 kes di bawah Skim Bencana Kerja dan 1,900 kes di bawah Skim Keilatan dengan jumlah RM31,778,875.89 di negeri ini dibayar sebagai faedah kepada Orang Berinsurans dan orang Tanggungan mereka oleh Perkeso sejak tahun lepas.

“Sehingga Julai ini, RM 22,395,476.93 telah dibayar sebagai faedah untuk kes-kes Skim Bencana Kerja dan Skim Keilatan di negeri ini.

"Sehingga 23 Ogos ini, seramai 756 pekerja yang kehilangan pekerjaan telah memohon faedah Sistem Insurans Pekerjaan dan 669 permohonan telah diluluskan dengan melibatkan bantuan kewangan berjumlah RM1,646,306.96," katanya.