Santai makan sambil berhibur di Kafe Bunga Raya Aswara

Sahar (barisan tengah, empat dari kiri) dan Muhammad Nasir (barisan tengah, lima dari kiri) bergambar beramai-ramai berakhirnya pelancaran program Edu-Tourism Eat and Enjoy @ Aswara di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. - Foto: ROSLI TALIB
Sahar (barisan tengah, empat dari kiri) dan Muhammad Nasir (barisan tengah, lima dari kiri) bergambar beramai-ramai berakhirnya pelancaran program Edu-Tourism Eat and Enjoy @ Aswara di Karangkraf, Shah Alam, hari ini. - Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi mereka yang mahu mencari kelainan ketika menikmati hidangan, apa kata anda menyertai program santai makan sambil berhibur di Kafe Bunga Raya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Rektor Aswara, Profesor Madya Sahar Sa'di Hashim berkata, pengunjung akan disajikan dengan persembahan tarian tradisional pelbagai budaya, nyanyian dan permainan alat muzik tradisional sepanjang dua jam program berkenaan diadakan.

"Sebenarnya program 'eat and enjoy' ialah satu segmen yang menggabungkan pendidikan dan pelancongan.

"Dalam segmen ini, kita memperkenalkan sudut makanan tradisi tempatan dan hiburan tradisi," katanya kepada Sinar Harian selepas berakhirnya pelancaran program Edu-Tourism Eat and Enjoy @ Aswara yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pengarah Aswara yang juga Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Sementara itu, Sahar berkata, orang ramai dialu-alukan supaya datang beramai-ramai bagi merasai pengalaman 'lain daripada yang lain' itu.

Menurutnya, program berkenaan akan diadakan pada setiap Rabu bermula jam 5 petang hingga 7 malam setiap minggu di Kafe Bunga Raya Aswara. Harga tiket untuk program berkenaan ialah RM15.

Artikel Berkaitan: