Gojek: Shamsubahrin 'dijemput' mohon maaf di Jakarta

Gambar kecil: Shamsubahrin Ismail
Gambar kecil: Shamsubahrin Ismail
A
A
A

JAKARTA - Pemandu Gojek yang mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hari ini, turut mengumpul wang bagi membiayai perbelanjaan pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail ke Jakarta.

Lebih 400 pemandu Gojek mengadakan bantahan secara aman di luar kedutaan bagi membantah kenyataan Shamsubahrin sebelum ini yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

Berdasarkan satu video yang viral di Indonesia baru-baru ini, Shamsubahrin Ismail membuat kenyataan yang dianggap menghina pemandu Gojek dan negara Indonesia.

"Ini negara miskin, kita negara kaya. Kalau Indonesia anak muda bagus, dia tak keluar negara untuk cari kerja. Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta," menurut petikan video itu.

Jurucakap pemandu Gojek itu, Theresia Ismiyanti berkata mereka mahu Shamsubahrin ke Jakarta dan memohon maaf secara terbuka kepada pemandu Gojek.

Dalam demonstrasi itu mereka turut mengumpul wang dalam kalangan pemandu Gojek, untuk diberikan kepada Shamsubahrin untuk biaya kosnya ke Jakarta.

Pada 30 Ogos lepas, Gabungan Aksi Roda Dua Indonesia (Garda) menyatakan penerimaan permohonan maaf mereka terhadap kenyataan Shamsubahrin itu.

Ketua Garda, Igun Wicaksono berkata mereka telah mengemukakan "surat pernyataan" itu diserahkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Jakarta, dalam pertemuan bersama pegawai kedutaan yang diketuai Atase Polis Malaysia di Indonesia, Abu Bakar Yaacob. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Shamsubahrin minta maaf isu hina Gojek, Indonesia