Budak 3 tahun ditemui bersendirian di taman permainan

Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak ditemui orang awam bermain bersendirian di taman permainan Taman Malawati Utama di sini semalam.
Tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak ditemui orang awam bermain bersendirian di taman permainan Taman Malawati Utama di sini semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang kanak-kanak ditemui ditinggalkan bersendirian di taman permainan Taman Malawati Utama di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, orang awam yang mendapati kanak-kanak berusia tiga tahun itu tanpa penjaga ketika kejadian kemudian menghantarnya ke Balai Polis Kuala Selangor pada jam 8 malam semalam.

Menurutnya, kanak-kanak perempuan itu dibawa seorang bapa saudaranya dari Kapar bersiar-siar, bagaimanapun ditinggalkan lelaki berkenaan.

"Siasatan mendapati bapa saudara kanak-kanak terbabit menghidap penyakit pelupa yang teruk akibat kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau memberitahu, kanak-kanak itu kemudian dituntut ahli keluarga di balai polis itu pada jam 9.45 malam hari sama.

"Ibu bapa kanak-kanak terbabit telah membawa anak mereka pulang ke rumah," katanya.

Sebelum ini, tular di laman Facebook berhubung seorang kanak-kanak ditemui orang awam bermain bersendirian di taman permainan berkenaan.

Artikel Berkaitan: