Cubaan samun: Polis kesan seorang lelaki bantu siasatan

Polis mencari Mohamad Rahmani bagi membantu siasatan kes cubaan samun.
Polis mencari Mohamad Rahmani bagi membantu siasatan kes cubaan samun.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki sedang dikesan bagi membantu siasatan kes cubaan samun di hadapan Bangunan Phileo Damansara 2 di sini pada 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, individu itu dikenali sebagai Mohamad Rahmani Mohd Johar, 28, dengan alamat B314 Sri Cempaka, Jalan Sri Cempaka, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau Asisten Superintendan Khairol di talian 017-3983498," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 2.53 petang itu, mangsa berusia 22 tahun dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan di kawasan Phileo Damansara 2, sebelum dihampiri dua suspek lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125z.

Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, kepala, belakang badan dan mulut, namun tidak mengalami sebarang kerugian selepas motosikalnya gagal dilarikan.

Susulan itu, seorang daripada suspek yang tercicir telefon bimbitnya dalam kejadian tersebut telah ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam, Taman Kepong, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.45 pagi keesokannya.

Pada 15 Ogos, suspek berusia 33 tahun itu telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba merompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Artikel Berkaitan: