UPSR: JAS pantau kualiti udara di Pasir Gudang

Tan Chen Choon
Tan Chen Choon
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan memantau kualiti udara di 12 buah sekolah sekitar kawasan Pasir Gudang dalam usaha memastikan keselesaan murid yang akan mula menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, pemantauan kualiti udara sebanyak dua kali itu akan diadakan pada setiap hari (pagi dan malam) sepanjang musim peperiksaan sehingga 11 September ini.

“Langkah yang dilaksanakan sepanjang berlangsungnya UPSR bermula esok adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan dan keselesaan murid yang mendudukinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Chen Choon menyertai pasukan JAS Johor di Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 bagi melihat sendiri persediaan dan bacaan terkini kualiti udara di sekitar kawasan berkenaan menggunakan alat pengesan gas yang berfungsi mengukur kualiti udara.

Seramai 2,175 calon akan menduduki UPSR di sekitar kawasan Pasir Gudang. - Bernama

Artikel Berkaitan: