56 penghuni Rumah Noh hilang tempat tinggal

No Image Caption
A
A
A

SARIKEI - Seramai 56 penghuni Rumah Noh Anak Bin di Stalon, Belawai di sini hilang tempat tinggal apabila rumah panjang lapan pintu itu musnah dalam kebakaran semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.06 malam.

"Bomba hanya tiba di tempat kejadian kira-kira dua jam kemudian iaitu pada jam 10.20 malam kerana menggunakan laluan sungai.

"Usaha mengawal kebakaran juga sukar disebabkan air sungai yang surut dan bomba terpaksa menggunakan air tangki penduduk untuk memadam api kebakaran," katanya.

Menurutnya, rumah panjang jenis tidak kekal itu terbakar 100 peratus namun tiada mangsa cedera.

"Kebakaran melibatkan rumah penghuni terdiri daripada 29 lelaki dan 27 perempuan dan operasi tamat jam 11 malam,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: