Warga emas rugi RM1,800 ditipu warga Indonesia

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Bermula dengan hasrat untuk menumpangkan akaun, seorang warga emas akhirnya berputih mata apabila kerugian sebanyak RM1,800.

Lelaki berusia 75 tahun itu pada awalnya didatangi seorang lelaki warga Indonesia yang mendakwa dirinya menang nombor ekor bernilai RM300, 000 dan meminta tolong untuk menumpangkan akaun bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa ditawarkan RM10, 000 sekiranya bersetuju untuk menumpangkan akaun bagi proses pembayaran wang nombor ekor yang dimenangi.

"Ketika di sebuah pasar raya di Jerantut, mangsa didatangi seorang lelaki Indonesia dan lelaki tempatan yang mengaku menang nombor ekor.

"Mereka minta tolong untuk tumpangkan akaun bagi proses pengeluaran perlu wang.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa bersetuju dan mengikuti suspek ke bank," katanya.

Beliau berkata, mangsa mengeluarkan RM1,800 wang daripada akaun Tabung Haji untuk diserahkan kepada suspek.

"Suspek mengatakan hanya ada RM1,200 dan memerlukan RM1,800 untuk cukupkan RM3,000 di dalam akaun.

Artikel Berkaitan:

"Selepas dapat duit, kesemua suspek menghilangkan diri dan mangsa yang curiga serta berasa ditipu membuat laporan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.