X

Kindly register in order to view this article
!

Bunuh penyelia: Polis buru Don

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa yang dipukul menggunakan topi keledar dalam kejadian di sebuah syarikat di Jalan 13/2, Avenue D Vouge, Petaling Jaya. Don dicari polis bagi membantu siasatan.
A
A

PETALING JAYA - Tiga pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes seorang penyelia yang ditemui mati di tandas kakitangan keselamatan sebuah syarikat di Jalan 13/2, Avenue D Vouge di sini semalam, kini direman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dua warga Nepal direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini, manakala seorang lelaki tempatan direman satu hari.

"Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lagi individu bagi membantu siasatan.

"Individu terbabit ialah lelaki warganegara India dikenali sebagai 'Don' dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi Don diminta untuk menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

"Boleh juga hubungi atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Khairol di talian 017-398 3498 atau Asisten Superintendan Mohd Hafizee di talian 013-3587571," katanya.

Terdahulu, mayat Lee Poh Meng, 54, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di lokasi kejadian kira-kira jam 3.18 petang.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, sehari sebelum kejadian mangsa telah dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki yang masih diburu iaitu Don.

Kejadian dipercayai berpunca kegagalan mangsa membayar gaji pengawal keselamatan di syarikat terbabit dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belasah penyelia syarikat sampai mati kerana tak dapat gaji


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!