Surina ketua polis wanita pertama Perlis

Surina (kanan) menerima dokumen serah terima tugas daripada Noor Mushar (kiri) sambil disaksikan Mohamed Farid di Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.
Surina (kanan) menerima dokumen serah terima tugas daripada Noor Mushar (kiri) sambil disaksikan Mohamed Farid di Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.
A
A
A

KANGAR - Datuk Surina Saad, 56, mencipta sejarah baharu di Perlis apabila menjadi wanita pertama menjawat jawatan sebagai ketua polis di negeri ini.

Surina yang berasal dari Kangar memulakan perkhidmatan hari ini bagi menggantikan Datuk Noor Mushar Mohd yang bersara wajib mulai esok.

Beliau yang menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah E-5, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ini turut bersyukur apabila mendapat tawaran dan pulang berkhidmat di negeri sendiri.

"Saya anggap ini adalah suatu anugerah terbesar dalam hidup dan ini adalah doa arwah ibu dan ayah saya yang telah dimakbulkan," katanya ketika sidang media di Dewan Dato' Noor Mushar, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, di sini hari ini.

Surina (tengah) bergambar bersama pengamal media yang hadir pada majlis serah terima tugas, di sini hari ini.
Surina (tengah) bergambar bersama pengamal media yang hadir pada majlis serah terima tugas, di sini hari ini.

Surina berkata, beliau akan memberi fokus pada isu ancaman dadah di negeri ini termasuk penyeludupan di sempadan terutamanya dari segi penyeludupan kontraban, pemerdagangan manusia, hidupan eksotik dan ketum.

Sementara itu, Noor Mushar berkata, beliau akan menetap di Alor Setar selepas bersara dan meluangkan sepenuh masa bersama keluarga serta fokus kepada amal ibadat.

Terdahulu, Surina yang telah 30 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia menandatangani dokumen terima tugas daripada Noor Mushar disaksikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan.

Artikel Berkaitan: