Polis cari 'Datuk' kes tipu projek rumah

Fazlisyam menunjukkan individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes penipuan projek perumahan mampu milik.
Fazlisyam menunjukkan individu yang dicari polis bagi membantu siasatan kes penipuan projek perumahan mampu milik.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang menggunakan gelaran Datuk palsu dicari polis bagi membantu siasatan kes penipuan projek perumahan mampu milik yang membabitkan kerugian lebih RM1 juta.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Mohsin Bujang, 64 dengan alamat terakhir di Kondominium Desa Cahaya, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, lelaki terbabit dikesan menggunakan gelaran Datuk, namun semakan yang dibuat mendapati gelaran itu adalah palsu.

"JSJK Selangor meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan individu ini untuk salurkan kepada kita dengan menghubungi pegawai penyiasat iaitu Inspektor D Inbaraja di talian 014-6692966 atau Inspektor Nur Syahirah Ahmad (019-3176785) dan Inspektor Mohd Adib Ashraff (017-9888910).

"Orang ramai juga boleh tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Artikel Berkaitan: