Najib pantau prestasi Mujahid...

A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengusik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dengan panggilan 'menteri kekanda'.

Beliau mahu melihat prestasi Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini di bawah tanggungjawab 'menteri kekanda' itu bermula tahun ini.

"Kita tengok prestasi TH di bawah kerajaan PH bermula tahun ini pula selepas mereka telah jual aset TH bernilai RM19.9 bilion kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV).

"Kita tengok prestasi menteri kekanda kita selepas ini," katanya dalam perkongsian di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Najib berkata, di bawah Kerajaan BN ketika era pentadbirannya, ekonomi Malaysia semakin kukuh membangun.

Katanya, aset bersih TH naik 3.3 kali ganda dari RM21.1 bilion pada akhir 2008 kepada RM69.4 bilion pada akhir 2017.

Beliau turut berkongsi graf yang menunjukkan trend peningkatan bagi aset bersih TH.

"Kita simpan graf tempoh ini sebagai rekod untuk tahun mendatang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Gelaran kekanda dan adinda mula 'menjangkiti' masyarakat susulan surat terbuka 'Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah' yang ditulis Mujahid di laman sosial Facebook miliknya, Selasa lalu.