Belasah penyelia syarikat sampai mati kerana tak dapat gaji

Mayat mangsa yang berlumuran darah dan muntah ditemui dalam tandas pengawal keselamatan.
Mayat mangsa yang berlumuran darah dan muntah ditemui dalam tandas pengawal keselamatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Marah kerana tidak dibayar gaji menjadi punca pengawal keselamatan warga asing membelasah seorang penyelia syarikat keselamatan hingga mati di Jalan 13/2 Petaling Jaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 3.18 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi mendapati terdapat mayat seorang lelaki berusia 54 tahun berlumuran darah dan muntah dalam tandas kakitangan pengawal keselamatan.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku pada jam 6.10 petang Ahad lalu. Mangsa dirakam dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh pengawal keselamatan warga India dikenali sebagai Don di dalam Bilik Kawalan Pengawal Keselamatan.

“Suspek dipercayai terlalu marah kerana mangsa dikatakan tidak membayar gaji pengawal keselamatan di situ,” katanya.

Susulan kejadian itu, Mohd Zani berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) IPD Petaling Jaya menahan tiga lelaki termasuk seorang warga tempatan di pekarangan sebuah kondominium di Seksyen 13 di sini pada jam 6 petang semalam.

“Kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun yang merupakan pengawal dan pengurus keselamatan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat hari ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: