X

Kindly register in order to view this article
!

Video intim: Lokman Noor Adam hadir ke Bukit Aman

Datuk Lokman Noor Adam
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini hadir di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bagi memberi keterangan dalam siasatan kes klip video intim yang didakwa membabitkan seorang menteri.

Beliau dilihat memasuki ibu pejabat polis itu pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Bercakap kepada pemberita sebelum itu, Lokman Noor berkata, beliau akan menyerahkan laporan asal analisis video berkenaan oleh syarikat Verden Forensics di United Kingdom setebal 55 muka surat kepada polis.

“Sebelum ini, saya telah serahkan laporan analisis video itu kepada pegawai polis menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes video intim: Polis panggil semula Lokman Adam esok

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata polis akan memanggil Lokman untuk memberi keterangan berhubung klip video itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!