Myanmar tarik balik sekatan internet di Rakhine, Chin

Myanmar menyekat internet di lima bandar di Rakhine dan Chin sejak 21 Jun lalu.
Myanmar menyekat internet di lima bandar di Rakhine dan Chin sejak 21 Jun lalu.
A
A
A

YANGON - Myanmar dilaporkan menarik balik sebahagian sekatan internet di dua negeri di bahagian selatan negara itu di tengah-tengah rundingan damai yang bertujuan mahu menamatkan pertempuran.

Menurut pengendali mudah alih Telenor Group, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Myanmar menarik semula sekatan itu sejak 21 Jun lalu di lima bandar di Rakhine dan Chin pada tengah malam.

"Kebebasan bersuara melalui akses kepada perkhidmatan telekomunikasi harus dikekalkan bagi tujuan kemanusiaan terutama semasa konflik," jelas Telenor Group dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Setiausaha Parti Nasional Arakan, Tun Aung Kyaw berharap kejayaan rundingan damai antara tentera dan kumpulan etnik mampu memulihkan segera perkhidmatan internet ke seluruh bandar di negara itu.

Negeri Rakhine mula mendapat perhatian dunia selepas kira-kira 730,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh pada 2017 susulan tindakan keras tentera sebagai tindak balas terhadap militan. - Reuters

Artikel Berkaitan: