Tak mengaku tipu pengusaha bauksit

Ahmad Ghazali (dua dari kiri) dan Hamdan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan menipu pengusaha bauksit empat tahun lalu.
Ahmad Ghazali (dua dari kiri) dan Hamdan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas tuduhan menipu pengusaha bauksit empat tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Dua sahabat didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini atas pertuduhan menipu dan memperdaya pengusaha bauksit membabitkan wang berjumlah RM350,000 pada 2016.

Hamdan Hasan, 50 dan Ahmad Ghazali Deraman, 64, masing-masing membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atas mereka di hadapan Majistret Nurul Farahah Mohd Suah.

Kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah menipu Chan Boon Hwa, 62, sehingga menyebabkan Boon Hwa menyerahkan RM350,000 bagi urusan projek perlombongan bauksit yang tidak wujud.

Perbuatan tersebut dilakukan mereka di sekitar Kuantan pada 2016.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Azreen Wan Zaid menawarkan ikat jamin masing-masing RM30,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Mohd Faiza Hiqram Azmi yang mewakili kedua-dua tertuduh meminta ikat jamin dikurangkan dengan alasan Hamdan tidak bekerja dan perlu menanggung enam anak serta seorang isteri, manakala Ahmad Ghazali pula hanya bekerja sebagai tukang kebun dan mempunyai pendapatan kasar RM2,000 sebulan.

“Saya minta mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin terhadap anak guam saya atas alasan terpaksa menyara kehidupan anak- anak dan isteri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula 19 September depan bagi pengurusan kes.