X

Kindly register in order to view this article
!

Aplikasi mudah cari arah kiblat

BANYAK aplikasi mencari arah kiblat yang boleh dimuat turun dalam Google Play Store mengikut kesesuaian pengguna.
A
A

DENGAN bantuan telefon pintar, masalah untuk mencari arah kiblat ketika bermusafir di luar negara boleh diselesaikan sekelip mata.

Banyak aplikasi yang boleh dimuat turun dalam Google Play Store mengikut kesesuaian pengguna. Tada lagi alasan untuk tidak menunaikan solat fardu walaupun ketika berlibur di luar negara.

Antara aplikasi yang paling menjadi pilihan ialah Muslim: Qibla Finder, Prayer Times, Quran and Azan (Muslim Assistant). Aplikasi ini menerima penarafan dan ulasan sehingga 4.6 bintang sekali gus menjadi pilihan ramai kerana mesra pengguna.

Selain membantu pengguna mencari masjid terdekat, aplikasi percuma itu lengkap dengan kaunter zikir, doa, pengertian 99 nama ALLAH dan waktu solat mengikut negara.

Banyak juga aplikasi sama seperti Qibla Connect Find Direction (Quran Reading), Arah Kiblat 100% (Hamba ALLAH), Arah Kiblat- Qibla Direction (Firdaus Kurniawan Zulqornain) dan Muslim Pro – Prayer Times, Azan, Quran and Qibla (Muslim Pro Limited).

Pengguna mempunyai pilihan untuk memilih aplikasi yang bersesuaian yang ditawarkan secara percuma kerana semuanya hanya di hujung jari anda.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!