X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat Mohd Zafran ditemui

Mohd Zafran Akhasa Mazlan
A
A

BATU GAJAH - Mayat kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dikhuatiri terjatuh ke dalam lombong di tempat ibunya berkerja berjaya ditemui pasukan pencari pada jam 7.04 minit pagi tadi.

Mayat Mohd Zafran Akhasa Mazlan, ditemui pasukan bomba ketika melakukan pencarian di permukaan lombong yang disambung pagi ini.

Pegawai Operasi Zon 3 Bomba Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, anggota bomba membuat pencarian menggunakan tiga unit bot alumnium di lombong terbabit.

"Kita menggunakan kaedah pencarian dipermukaan air dan berjaya menemui mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital dilokasi kejadian.

"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak empat tahun dikhuatiri lemas selepas ibunya menemui selipar anaknya itu terapung di dalam lombong di salah sebuah resort di Tanjung Tualang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak dikhuatiri lemas jatuh lombong

Menurut sumber terdekat mangsa dikatakan bermain sendirian ketika ibunya sedang bekerja sebagai tukang masak di resort tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus