Jom meriahkan Absolut Food Festival JB 2019 Sabtu ini

A
A
A
KEPADA pencinta makanan, anda diajak memeriahkan Absolut Food Festival Johor Bahru (JB) 2019 yang bakal berlangsung di pusat beli-belah terkemuka, Angsana Johor Bahru, Johor pada 6 hingga 8 September ini.

Festival makanan berprestij itu merupakan kali kedua dianjurkan oleh Absolut Event & Management selepas program yang sama dijalankan di Shah Alam, Selangor pada April lalu.

Sambutan yang diterima ketika itu sungguh luar biasa apabila lebih 250,000 pengunjung bertandang ke Absolut Food Festival di sana.

Nurali
Nurali



Ketua Pegawai Eksekutif Absolut Event & Management, Nurali Nadzwan berkata, penganjuran festival yang seterusnya di Johor Bahru tambah istimewa apabila mendapat perhatian dan sokongan syarikat pemaju hartanah, Uda Property yang bertindak sebagai penaja utama festival.

Sementara Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) selaku penaja bersama.

Mengulas lanjut, Nurali berkata, Absolut Food Festival JB yang bertemakan Retro itu akan menonjolkan keunikan dan kepelbagaian menu hidangan makanan yang pasti akan membuatkan orang ramai tertarik untuk mencuba dan membelinya.

"Festival tersebut bakal mengetengahkan 150 variasi makanan selera Malaysia dan Barat dengan penglibatan 170 usahawan tempatan dan dari Kota Singa.

"Orang ramai boleh mendapatkan makanan seperti seperti ikan bakar, kambing golek, bakso, pelbagai jenis biskut, kek, air dan bermacam-macam lagi bermula pada pukul 10 pagi hingga 11 malam selama tiga hari berturut-turut," katanya yang optimis festival berskala besar bakal dibanjiri pengunjung tempatan termasuk dari Singapura.

Artikel Berkaitan:


Jenama-jenama makanan terkenal dan tular dalam media sosial seperti Fam Fries, 3 Budak Gemok, Otak King, Ayo Fried Chicken dan Nachoslah antara yang mengesahkan penyertaan.

Tidak ketinggalan ialah jenama Absolut Chocolat yang sentiasa ditunggu-tunggu ramai.

"Sebenarnya, acara itu bukan sekadar memperkenalkan bermacam-macam kulinari yang lazat tetapi salah satu inisiatif syarikat bagi menggalakkan usahawan muda yang mempunyai perniagaan dan ingin mencari platform yang sesuai untuk mengetengahkan produk makanan mereka secara meluas dan lebih dekat dengan pelanggan," katanya.

Sebagai tambah nilai pada festival itu kata Nurali, para pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa persembahan selebriti terkenal tanah air dan Singapura yang diadakan di pentas utama.

"Selepas itu, orang ramai juga berpeluang 'meet and greet' bersama artis kegemaran masing-masing," ujarnya.

Antara artis yang bakal mewarnai festival hebat itu ialah Mia Ahmad, Tya Arifin, Sharnaaz Ahmad, Ben Amir, Che Ta, Ismail Izzani, Sharif Sleeq, Puteri Aishah, Ruhainies, Nadia Brian dan ramai lagi.

Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan ruang bergambar dengan konsep retro untuk pengunjung merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan.





"Sehubungan itu, kami menjemput orang ramai bagi memeriahkan festival tersebut, kehadiran anda bermakna kepada kami selaku penganjur,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari Instagram @absolutfoodfest.