X

Kindly register in order to view this article
!

Bahan seperti gel ditemui pada sisi bulan

Kenderaan perayau Yutu-2 sedang meneroka bahagian gelap bulan.
A
A

BEIJING - Kenderaan perayau Yutu-2 milik China yang mendarat di sisi bulan sebagai sebahagian daripada misi Chang'e 4 telah membuat penemuan luar biasa.

Menurut laporan Space.com, Yutu-2 telah menemui bahan seperti gel pada kawah bulan.

Penemuan itu dibuat pada hari kelapan yang bermula pada 25 Julai lalu yang mana sehari di bulan bersamaan kira-kira dua minggu di bumi.

"Saintis kini memfokuskan alatan kenderaan perayau tersebut untuk mengenal pasti bahan tersebut. Yutu-2 kini sedang meninjau kawasan yang dipenuhi kawah impak kecil," jelas laporan tersebut.

Penemuan tersebut turut mencetuskan soalan baharu kepada para saintis China.

Salah satu penjelasan menyebut bahan tersebut mungkin kaca cair yang terhasil daripada meteorit yang menghentam permukaan bulan.

Bagaimanapun, belum ada sebarang pengesahan mengenainya.

Chang'e 4 menjadi misi pertama yang mendarat di permukaan jauh pada bulan pada awal tahun lalu.

Sebelum ini, ia melaporkan kenderaan perayau terbabit berjaya menemukan bukti baharu dari kawah Von Karman di South Pole-Aitken yang merupakan kawah terbesar dalam sistem suria.

Selain itu, Yutu-2 juga telah mengumpulkan sampel data spektrum daripada lembangan yang akan memberi gambaran tentang bagaimana evolusi bulan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus