X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat dalam tandas bilik jaga: Tiga lelaki ditahan

A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua warga Nepal dan seorang warga tempatan susulan penemuan mayat seorang lelaki tempatan dalam tandas bilik pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Petaling Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa Lee Poh Meng, 54, ditemui oleh orang awam dalam keadaan terlantar dan berlumuran darah kira-kira jam 3 petang.

"Mangsa ditemui dalam tandas pengawal keselamatan yang dikunci dan pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan di perkarangan kondominum pada kira-kira jam 6 petang tadi, dengan dua warga asing itu bekerja sebagai pegawal keselamatan, manakala suspek warga tempatan merupakan pengurus pengawal keselamatan.

"Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, mangsa dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh salah seorang suspek di bilik kawalan pengawal keselamatan, semalam.

"Ianya dipercayai berpunca daripada mangsa yang tidak membayar gaji pengawal keselamatan," katanya.

Mohd Zani berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kerana membunuh. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!