14,546 pemilik akaun di Pontian terlibat gangguan bekalan air

Zulkifly
Zulkifly
A
A
A

PONTIAN - Seramai 14,546 pemilik akaun di kawasan utara Pontian terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual bermula hari ini, berikutan paras Empangan Machap berada pada paras kritikal.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri ( DUN) Benut, Zulkifly Tasrep berkata bekalan air berjadual melibatkan 36 jam ada air dan 36 tiada air selama hampir sebulan.

Katanya, walaupun kawasan di utara Pontian sebelum ini pernah mengalami catuan bekalan air berikutan pencemaran ammonia di Empangan Machap pada Mac lalu, namun situasinya berbeza kali ini.

"Kali ini lebih banyak kawasan terlibat, dulu kawasan di Benut sahaja. Tetapi sekarang Ayer Baloi, Api-api terlibat.

"Semua kawasan di utara Pontian bermula dari sempadan Pontian- Simpang Renggam hingga ke Mukim Api- api di Pulai Sebatang terlibat," katanya.

Katanya, penduduk diminta sentiasa merujuk jadual bekalan air berjadual dengan sentiasa menyediakan bekalan air secukupnya.

Tambahnya lagi lagi, solat hajat memohon hujan dirancang akan dilakukan di setiap masjid di sini dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: