Kedai serbaneka di Kuala Pilah terbakar

Bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto Ihsan Bomba
Bomba berusaha memadam kebakaran. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KUALA PILAH - Sebuah kedai serbaneka dua tingkat di Jalan Tung Yen, Pekan Pilah di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, bomba menerima panggilan kecemasan jam 9.22 malam bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera dan sembilan anggota.

"Sebaik sampai, didapati kebakaran melibatkan bahagian tengah tingkat bawah kedai yang berukuran 20x80 yang telah terbakar 40 peratus.

"Bomba berusaha mengawal kebakaran dari merebak ke tingkat atas dan bangunan bersebelahan dan api berjaya dikawal jam 9.28 malam," katanya.

Menurutnya, operasi sepenuhnya tamat jam 10.26 malam dan tiada mangsa dilaporkan ketika kejadian.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian dan kerugian ditanggung mangsa masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: