Tiga pendaki Lata Naning diselamatkan

Mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan
Mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan
A
A
A

BENTONG - Tiga pendaki berjaya diselamatkan selepas tercedera dan mengalami muntah-muntah ketika berada di kawasan Lata Naning di sini, awal pagi tadi.

Dua mangsa lelaki dilaporkan mengalami kekejangan otot dan seorang lagi (wanita) sakit perut dan muntah-muntah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, mangsa dilaporkan masuk ke kawasan itu untuk melakukan aktiviti pendakian sejak semalam bersama empat yang lain

Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian jam 7.30 petang semalam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong diketuai ketua balai ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Operasi turut disertai polis, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

"Ketika tiba di lokasi, anggota terlibat mendapati dua mangsa lelaki mengalami kekejangan otot dan seorang wanita muntah-muntah", katanya.

Beliau berkata, pihaknya memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan sebelum operasi ditamatkan kira-kira jam 5.40 pagi tadi", katanya.

Artikel Berkaitan: