Mohamad Adzib tekad terus berbakti

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Mohamad Adzib.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Mohamad Adzib.
A
A
A

SHAH ALAM - "Syukur kepada ALLAH," demikian reaksi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1441 peringkat Negeri Selangor, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa.

Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) berkata, beliau tekad untuk sentiasa berbakti memberi sumbangan kepada masyarakat di negeri ini.

"Ucapan terima kasih juga kepada semua warga kerja di Selangor kerana sentiasa memberikan sokongan selama 45 tahun saya bertugas dalam jabatan Kerajaan.

"Syukur kepada ALLAH kerana dengan izinnya saya dikurniakan tokoh Maal Hijrah 1441 dan merafak sembah terima kasih kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selangor di atas perkenan anugerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Ambang Hijrah dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Selangor 1441H di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamad Adzib, 71, pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Selangor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) menerima Anugerah itu berikutan jasa dan sumbangannya bukan saja dalam pentadbiran malah dalam perkembangan Islam di negeri ini.

beliau turut menerima wang tunai RM20,000 sumbangan kerajaan negeri, trofi Maal Hijrah, sijil penghargaan, set sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah.

Anugerah tersebut disampaikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Artikel Berkaitan:

Baginda turut berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Saudara Kita, Tokoh Aktivis Masyarakat, Tokoh Keluarga Mithali, Anugerah Pertubuhan dan Dakwah Sukarela.

Anugerah Tokoh Saudara Kita diterima oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Rosly Mohd Arus dan Tokoh Aktivis Masyarakat diberikan kepada Pakar Perunding dan Pensyarah Perubatan KPJ Damansara Specialist Hospital, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Manakala, Anugerah Keluarga Mithali diterima Hakim Tilawah peringkat daerah dan negeri Selangor, Damanuri Rajali dan isteri, Siti Hasnah Muhd Dasuki.