95 peratus kebakaran hutan Gelang Patah sudah dipadam

Anggota bomba menggali parit bagi menyalurkan air di sekeliling kawasan yang terbakar bagi mengelakkan kebakaran terus merebak.- Foto: JBPM JOHOR
Anggota bomba menggali parit bagi menyalurkan air di sekeliling kawasan yang terbakar bagi mengelakkan kebakaran terus merebak.- Foto: JBPM JOHOR
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 95 peratus daripada 16 hektar kawasan hutan di Jalan Tanjung Kupang Gelang Patah yang terbakar berjaya dipadamkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Komander operasi, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamad Faizul Selamat berkata, operasi yang masuk hari ke-12 itu terus dijalankan dan setakat jam 5 petang ini hanya kawasan di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang yang masih berbara.

"Tindakan operasi hari ini adalah dengan memenuhkan air dalam 'fire breaker' iaitu parit berair.

No Image Caption

"Di samping itu anggota juga membuat pemadaman terus di kawasan yang masih terbakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Faizul berkata, seramai 93 anggota dari pelbagai agensi dengan 14 jentera terlibat dalam operasi berkenaan.

Kebakaran hutan yang bermula sejak 21 Ogos lalu itu melibatkan kawasan tanah milik persendirian berstatus pertanian.

Artikel Berkaitan:

Operasi yang masuk hari ke-12 terus dijalankan bagi mengelak kebakaran merebak. - Foto: JBPM JOHOR
Operasi yang masuk hari ke-12 terus dijalankan bagi mengelak kebakaran merebak. - Foto: JBPM JOHOR

ARTIKEL BERKAITAN: 16 hektar kawasan hutan di Gelang Patah terbakar

Kebakaran hutan di Gelang Patah, bomba hadapi kesukaran