Remaja maut dalam nahas dua motosikal

Mangsa tercampak ke kanan jalan selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain di Jalan Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus awal pagi tadi. (Gambar kecil: Muhammad Amir Fikri)
Mangsa tercampak ke kanan jalan selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah motosikal lain di Jalan Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus awal pagi tadi. (Gambar kecil: Muhammad Amir Fikri)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Jalan Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Amir Fikri Mohd Sabri, 17, dari Mengabang Telipot, Kuala Nerus, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, mangsa yang maut dipercayai dalam perjalanan dari arah Wakaf Tengah menghala ke Merang bergesel dengan sebuah lagi motosikal yang juga dari arah sama.

"Akibat kejadian itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 tercampak ke kanan jalan iaitu lorong bertentangan mengakibatkan remaja lelaki itu cedera parah di kepala.

"Bagaimanapun, seorang lagi penunggang motosikal Honda EX5, 29, yang juga pelajar madrasah dari Kampung Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, Kuala Nerus tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Abd Razak berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: