Sultan Kelantan berkenan hadiri sambutan Maal Hijrah

Ahmad menyambut ketibaan Sultan Muhammad V di Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan semalam.
Ahmad menyambut ketibaan Sultan Muhammad V di Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan semalam.
A
A
A

TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Doa Sempena Akhir Tahun 1440 Hijrah dan Awal Tahun 1441 Hijrah serta Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1441H/2019M di Masjid Al-Ismaili Pasir Pekan, di sini malam tadi.

Baginda tiba jam 6.50 petang diiringi Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz; Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sultan Muhammad V yang memakai persalinan jubah putih turut berkenan mengaminkan bacaan doa akhir dan awal tahun oleh Mohamad Shukri dan meluangkan masa solat Maghrib serta Isyak yang diimamkan oleh Imam Tua Masjid Al-Ismaili, Datuk Baharuddin Abdullah.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menganugerahkan Muhammad Yunan Mohamood sebagai Tokoh Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menganugerahkan Muhammad Yunan Mohamood sebagai Tokoh Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan.

Pada majlis tersebut, baginda juga berkenan memberi penganugerahan kepada Tokoh Maal Hijrah Kelantan, Muhammad Yunan Mohamood.

Bekas Pengetua Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang juga bapa kepada empat orang anak itu membawa pulang wang tunai RM10,000, plak dan sijil penghargaan.

Artikel Berkaitan: