Laluan kenderaan berat ke stesen minyak R&R Temerloh Arah Timur ditutup

Infografik kerja-kerja naik taraf yang akan dijalankan selama tiga hari di laluan kenderan berat untuk ke stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh Arah Timur.
Infografik kerja-kerja naik taraf yang akan dijalankan selama tiga hari di laluan kenderan berat untuk ke stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh Arah Timur.
A
A
A

SHAH ALAM - Laluan kenderaan berat untuk ke stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh Arah Timur, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) akan ditutup tiga hari bermula 3 September ini.

Pemegang konsesi LPT yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), Anih Berhad dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, penutupan sementara itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf laluan keluar bagi kenderaan berat di kawasan R&R terbabit.

Menurut kenyataan sama, penutupan selama tiga hari mulai 3 hingga 5 September ini hanya melibatkan laluan untuk kenderaan berat sahaja, manakala pengguna kenderaan ringan boleh mengakses ke stesen minyak seperti biasa.

"Sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan dijalankan, semua gerai, kiosk dan kemudahan awam lain dibuka kepada pengguna seperti biasa.

"Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sosial syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk mengetahui maklumat rasmi perkembangan terkini mengenai fasiliti perkhidmatan dan kemas kini trafik di lebuh raya," katanya.

Artikel Berkaitan: