Trio gerakan payung mengaku tidak bersalah

Kumpulan penyokong bersorak menyokong mereka di luar mahkamah.
Kumpulan penyokong bersorak menyokong mereka di luar mahkamah.
A
A
A
HONG KONG - Tiga pemimpin gerakan prodemokrasi, Occupy di Hong Kong mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pelanggaran awam ketika perbicaraan, hari ini.

Profesor undang-undang, Benny Tai, 54, Profesor sosiologi, Chan Kin-man, 59, dan bekas pastor, Chu Yiu-ming, 74, berdepan tiga dakwaan bersubahat untuk mencetuskan kekecohan dan menghasut untuk menimbulkan gangguan awam.

Enam aktivis lain turut berdepan tuduhan sama.

Difahamkan, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara tujuh tahun.

Penyokong mereka turut berkumpul di luar mahkamah sambil membawa payung kuning yang menjadi simbol gerakan tersebut. - Reuters
Artikel Berkaitan: