Pemandu lori maut pada hari lahir

Keadaan lori ais akibat pertembungan itu.- Foto: JBPM
Keadaan lori ais akibat pertembungan itu.- Foto: JBPM
A
A
A

PARIT SULONG - Dua lelaki maut selepas lori dipandu mereka bertembung dalam satu kejadian di Jalan Pagoh, pagi tadi.

Mangsa, Muhamad Saiful Mohd Jemain beralamat dari Parit Sulong yang memandu lori ikan genap berusia 31 tahun, hari ini.

Sementara seorang lagi pemandu lori ais, Tio Lian Seng, 46, yang maut beralamat dari Gerisek, Ledang.

Lori ikan dipandu Muhamad Saiful yang terbabas di bahu jalan akibat pertembungan itu. - Foto: JBPM
Lori ikan dipandu Muhamad Saiful yang terbabas di bahu jalan akibat pertembungan itu. - Foto: JBPM

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Aziz berkata, kedua-dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada pihak polis.

Menurutnya, dua lagi kelindan dilaporkan cedera dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan.

"Mangsa warga tempatan patah tangan kiri merupakan kelindan lori ikan yang beralamat dari Parit Sulong, sementara kelindan lori ais yang cedera merupakan warga Bangladesh.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Kami terima panggilan kecemasan jam 6.50 pagi tadi dan didapati kedua-dua lori bertembung di selekoh sebelum terbabas ke bahu jalan.

"Lori ikan dari arah Pagoh ke Yong Peng manakala lori ais dari arah bertentangan. Akibat kemalangan itu kedua-dua pemandu maut dan dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Batu Pahat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai lima anggota terlibat dalam operasi itu dengan dibantu empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng serta melibatkan dua jentera.

No Image Caption

Katanya, operasi berkenaan tamat pada jam 7.45 pagi.