Agong berangkat hadiri sambutan Maal Hijrah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2019/1441 Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 9.30 pagi disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf.

Mujahid dalam ucapannya pada majlis itu berkata, tema sambutan Maal Hijrah tahun ini iaitu ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’ begitu signifikan kerana Islam itu sendiri bersifat rahmat dan usaha membina negara dengan kepelbagaian bangsa dan agama perlu diimplementasikan menerusi pendekatan yang sederhana.

Menurutnya, ia selari dengan prinsip maqasid syariah dan model Malaysia yang diangkat sebagai wadah pentarbiahan umat secara syumul.

“Sempena awal Muharam ini marilah kita mengambil peluang membuka lembaran baharu dalam usaha meneruskan agenda memajukan negara.

“Sesungguhnya tunjang persaudaraan yang utuh dalam masyarakat mampu menjamin kesejahteraan dan keselamatan serta kedaulatan negara.

“Paling utama agar kita tidak alpa dengan asas-asas keharmonian yang menjadi iktikad kita sejak dulu,” katanya.

Pada majlis itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan mengurniakan Tokoh Maal Hijrah 2019/1441 Hijrah kepada tokoh ilmuwan dalam bidang alam sekitar, Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Pengerusi Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu, Shaykh Abdullah Shaykh Al-Mahfoudh yang dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Artikel Berkaitan: