Tangan, kaki hancur 'dimakan' mesin pengisar

Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan dan kaki kanannya selepas tersepit di mesin pengisar plastik di kilang di Batu 8, Jalan Meru Tambahan, Klang petang tadi.
Mangsa mengalami kecederaan parah di tangan dan kaki kanannya selepas tersepit di mesin pengisar plastik di kilang di Batu 8, Jalan Meru Tambahan, Klang petang tadi.
A
A
A

KLANG - Malang tidak berbau menimpa seorang lelaki warga Bangladesh apabila kehilangan tangan dan kaki kanannya selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar plastik dalam kejadian di kilang plastik di Batu 8, Jalan Meru Tambahan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Mohammed Harun Rashid Mohammed Ali, 39, yang parah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, Penguasa Bomba Kanan II Ramlan Omar berkata, sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi mendapati mangsa masih dalam keadaan tersepit pada mesin pengisar plastik tersebut.

"Bomba menggunakan Gas Oxy-Acetylene untuk memotong mata pengisar mesin tersebut sebelum mengeluarkan kaki dan tangan mangsa," katanya.

Ramlan berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, kejadian itu menyebabkan tangan kanan mangsa hancur hingga ke siku manakala kaki kanan mangsa hancur sehingga ke paras lutut.

"Mangsa kini masih berada di HTAR untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, operasi itu juga turut dibantu oleh anggota daripada BBP Sungai Pinang.