Dua lapangan terbang di Papua gantung operasi

Anggota keselamatan Indonesia berkawal di sebuah lokasi menempatkan bangunan kerajaan di Jayapura yang dibakar perusuh dalam kejadian Khamis lalu.
Anggota keselamatan Indonesia berkawal di sebuah lokasi menempatkan bangunan kerajaan di Jayapura yang dibakar perusuh dalam kejadian Khamis lalu.
A
A
A

JAYAPURA - Dua lapangan terbang awam di wilayah Papua, Indonesia ditutup sementara susulan tunjuk perasaan yang bertukar ganas sejak minggu lalu.

Agensi kawalan trafik udara kerajaan, AirNav berkata, penutupan sementara itu membabitkan Lapangan Terbang Waghete di Deyai dan Lapangan Terbang Moanemani di Dogiyai.

Jurucakap AirNav, Novy Pantaryanto turut memaklumkan petugas agensi di kedua-dua lapangan terbang terbabit dipindahkan ke Nabire atas faktor keselamatan.

"Kami mengutamakan keselamatan semua kakitangan di Papua. Jadi buat sementara waktu mereka dipindahkan Nabire. Keadaan di situ lebih aman," kata Novy.

Menurutnya, Lapangan Terbang Sentani di ibu negeri, Jayapura yang sebelum ini beroperasi 12 jam sehari ditingkatkan kepada 24 jam bagi melancarkan pengiriman bantuan logistik dan keselamatan tentera dan polis dari luar Papua.

Difahamkan terdapat berbelas lapangan terbang di seluruh Papua dan Papua Barat, namun hanya operasi di Waghete dan Moanemani digantung kerana ia hanya mengendalikan pesawat ringan seperti Cesna dan Twin Otter.

Tunjuk perasaan di wilayah Papua sejak minggu lalu bertukar ganas susulan diskriminasi etnik sehingga membawa kepada provokasi untuk mendapatkan kemerdekaan.

Perusuh turut bertindak membakar bangunan kerajaan, pasar dan penjara.

Artikel Berkaitan:

Beberapa buah sekolah, stesen minyak dan bank ditutup susulan kekacauan itu.

Lebih 1,000 anggota polis dikerah ke Papua bagi meneutralkan kembali situasi di wilayah tersebut. - Agensi