Tiga kereta lawan arus dikecam netizen

Kenderaan yang dirakam dipandu secara mengundur di lorong kanan lebuh raya.
Kenderaan yang dirakam dipandu secara mengundur di lorong kanan lebuh raya.
A
A
A

SHAH ALAM - Membahayakan! Itu tindakan tiga pemandu kenderaan yang dirakam memandu secara melawan arus dan mengundur di sebuah lebuh raya.

Kejadian itu tular di media sosial hari ini dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Video kejadian berdurasi 35 saat yang dirakam seorang pengguna lebuhraya itu memaparkan dua buah kereta dipandu secara melawan arus di lorong kecemasan lebuh raya.

Sebuah lagi kenderaan pula dirakam dipandu secara mengundur di laluan kanan lebuh raya berkenaan.

Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak diketahui.

Pelayar Facebook, Yusnaida Yusoff menggesa PDRM memperketatkan undang-undang kepada pengguna jalan raya yang sengaja melanggar undang-undang lalu lintas.

Menurutnya, apabila ada kes kematian disebabkan tindakan pemandu tersebut, hukuman dikenakan hanyalah berbentuk denda.

“Kalau orang lain yang mati akibat perbuatan mereka ini, mereka boleh lepas dengan bayar denda saja. Orang lain yang jadi mangsa, keluarga orang lain yang menderita,” tulisnya di bahagian komen.

Artikel Berkaitan:

Yan Ann Risse pula berharap pihak konsesi lebuh raya diberikan kuasa mutlak untuk mengharamkan terus kenderaan dan pemandu yang melakukan kesalahan di lebuh raya kendalian pihak itu.

“Cukup membahayakan dan mengancam nyawa pengguna lain yang membayar tol, polis boleh mendakwa mereka di bawah seksyen cubaan membunuh kanun keseksaan baru ada ‘akai’,” tulisnya.

Instone Daniel pula mendakwa perbuatan terbabit tidak bertanggungjawab dan membahayakan.

“Perbuatan tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan keselamatan orang awam,” tulisnya.