Didakwa sindir jururawat : Zizan beri penjelasan

Linda dan Zizan
A
A

SELEBRITI serba boleh, Zizan Razak, menafikan dia merujuk kenyataan 'not our level' terhadap pekerjaan jururawat, sebaliknya sikap individu yang disifatkan bodoh, sombong.

"Assalamualaikum saya ucapkan kepada jururawat yang berada di seluruh Malaysia.

"Dalam isu 'not our level' saya tidak merujuk pada pekerjaan ya. Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.

"Jadi tak kisah apa bentuk pekerjaan pun, yang bodoh sombong dia bukan taraf saya termasuk juga rakan artis.

"Dan kepada yang cuba memanipulasi kenyataan saya, terserah. Jumpa di akhirat kelak," jelasnya menerusi Insta Story di akaun Instagramnya.

Sebelum ini, Linda Rafar telah berkongsi mesej perbualannya dengan Zizan di Instagramnya, di mana Zizan memberi sokongan terhadap Linda dan keluarga berkaitan isu layanan buruk yang diterimanya.

Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang kecaman ramai selepas Zizan menggunakan ayat 'not our level' (bukan taraf kita) dan kenyataan itu disifatkan biadap.

Sementara itu, Linda juga di Insta Story Instagramnya turut meminta maaf bagi pihak Zizan dan mengakui kesilapannya berkongsi mesej perbualan peribadi.

"Linda nak minta maaf bagi pihak Zizan. Maksud sebenar Zizan ialah mereka yang berperangai bodoh sombong.

"Linda akui yang tersilap post perbualan peribadi. Sepatutnya tak patut berlaku. Niat Zizan sangat baik, dia nak beri semangat pada Linda dan keluarga," ujarnya.

Tambah Linda dalam post berasingan, dia berharap netizen tidak memberi tekanan kepada orang lain yang menyebelahinya.

"Cukuplah... Linda pun tak kata semua nurse jahat. Linda cakap ada juga yang biadap itu bermakna nurse-nurse yang selama ini baik dengan Linda dan keluarga, masih berhubung.

"Dua sepupu yang juga jururawat dan mak cik Linda yang juga ketua jururawat pun tak marah Linda sebab mereka tahu Linda bukan tuju pada semua.

"Percayalah semua yang berlaku ada hikmah, untuk semua jururawat di Malaysia, Linda yakin dalam 100, hanya 30 yang bersikap buruk," jelasnya.