Pengedar pil kuda terjun sungai elak dicekup

Pil kuda yang dipercayai milik suspek dirampas.
Pil kuda yang dipercayai milik suspek dirampas.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengedar dadah bertindak terjun ke sungai bagi mengelak ditahan polis kerana dipercayai memiliki 400 pil kuda di Jambatan Cabang Tiga Kedai Buloh Badang, Khamis lalu.

Buruh berusia 40 tahun terbabit bertindak terjun ke sungai pada jam 11.48 pagi selepas dikejar anggota dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik sejauh tujuh kilometer dari Jalan Kebun Sultan, di sini.

Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud
Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud

Ketua Polis Kelantan Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum itu suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna keemasan didapati melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu Kelantan.

“Polis mengekori suspek dan mengarahkannya supaya berhenti, namun lelaki terbabit enggan beri kerjasama seperti diarahkan pengadu.

“Apabila sampai di Jambatan Cabang Tiga Kedai Buloh Badang, suspek bertindak berhentikan motosikalnya di atas jambatan itu dan terus terjun ke kawasan sungai mengelak dirinya ditahan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Artikel Berkaitan: