Dijangkiti kuman, Prof Ab Rahim perlukan lagi RM50,000

Laporan Sinar Harian 7 Ogos lalu.
Laporan Sinar Harian 7 Ogos lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Keluarga kepada bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dirawat di Turki memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM50,000 lagi bagi menampung kos rawatan tambahan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Profesor Dr Ab Rahim Ismail, 62, sebelum ini menerima rawatan di unit rawatan rapi kardiak (CICU) Pamukkale Hospital University di Denizli, Turki selepas terkena serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Menantunya, Muhamad Fikri Aziz, 33, berkata, kos untuk membawa Prof Ab Rahim pulang ke tanah air sudah mencukupi selepas mendapat bantuan sumbangan daripada ahli keluarga, saudara dan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] 'Baba koma di Turki, perlukan RM400,000 untuk dibawa pulang'

Katanya, keluarga memerlukan kos tambahan apabila Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Akademik dan Pengantarabangsaan, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Kuala Lumpur itu terkena jangkitan kuman selepas penerbangan domestik di Turki, 22 Ogos lalu.

Profesor Ab Rahim ketika dipindahkan ke Hospital Acibadem Bakirkoy (HAB), Istanbul
Profesor Ab Rahim ketika dipindahkan ke Hospital Acibadem Bakirkoy (HAB), Istanbul

Menurutnya, Profesor Ab Rahim yang koma kini terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Acibadem Bakirkoy (HAB), Istanbul.

“Baba sepatutnya dibawa pulang ke Kuala Lumpur 23 Ogos lalu selepas doktor bakal mengiringinya dari Malaysia memaklumkan sudah bersedia untuk proses tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Namun sijil perubatan yang sahkan dia bebas jangkitan kuman tamat tempoh ditambah pula baba terkena jangkitan Acinetobacter yang menyebabkan dia tidak dibenar menaiki pesawat pulang tanah air,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhamad Fikri berkata, sebelum ini perjalanan bapanya ditemani Husaam (anak keenamnya) dengan menaiki ambulans udara dari Denizli ke Istanbul dalam keadaan baik dan turut disahkan ‘fit to fly’ namun perjalanan ke tanah air terbantut.

Katanya, selepas terkena jangkitan kuman, duit berjaya dikumpul sebelum ini sebanyak RM400,000 tidak lagi mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Ainul Mardhiah anjur kempen bantu bawa pulang Prof Ab Rahim

“Kos rawatan baba di HAB hampir RM5,500 sehari dan kami memerlukan sebanyak RM50,000 lagi untuk tampung keperluannya.

“Saya harap dapat bantuan orang ramai untuk bantu tampung perbelanjaan rawatan baba,” katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 512268522574 atas nama Muhamad Fikri yang bertindak sebagai pemegang amanah.

Profesor Ab Rahim ketika dipindahkan dari Pamukkale Hospital University di Denizli, Turki ke Instabul.
Profesor Ab Rahim ketika dipindahkan dari Pamukkale Hospital University di Denizli, Turki ke Instabul.