Guan Eng tak boleh elak berdebat dengan Ka Siong: Najib

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak lagi mencari alasan untuk mengelak berdebat dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ka Siong sebelum itu sekali lagi mengulangi cabaran debatnya mengenai isu berkaitan terowong Pulau Pinang dengan Guan Eng.

Najib melalui laman Facebooknya berkata, tahun lalu Guan Eng enggan berdebat dengan alasan Ka Siong ketika itu hanya Timbalan Presiden MCA dan tidak layak berdebat dengannya.

"Dia kata Wee Ka Siong masa itu tak layak untuk debat dengan dia.

Sekarang, Wee Ka Siong dah jadi Presiden MCA dan mencabar Guan Eng sekali lagi. Ini bermakna Guan Eng tak boleh menggunakan alasan lama dia," katanya hari ini.

Artikel Berkaitan: