Bapa Tomok Meninggal

Allahyarham Ismail. Gambar kecil: Tomok.
Allahyarham Ismail. Gambar kecil: Tomok.
A
A
A
BAPA kepada penyanyi, Tomok, iaitu Ismail Salim telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Berita sedih itu diumumkan sendiri oleh Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 4 petang tadi.

"Perginya ayahanda kami mengadap Ilahi, Ismail Bin Salim.

"Ya Allah Kau ampuni dosa-dosanya ayahku. Kau tempatkan ayahku di kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu," tulisnya.

Berita sedih itu juga turut dikongsikan kakak Tomok, yang juga penyanyi Ismaliza atau lebih dikenali sebagai Isma.

Menurutnya, arwah bapa mereka akan dikebumikan di masjid Alam Damai pada petang ini.

Tomok, 34, sebelum ini pernah memaklumkan bapanya telah diserang strok pada 13 Disember 2017.

Akibat daripada itu, menyebabkan anggota sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak dan percakapan juga terganggu.

"Masa awal kena strok dulu ayah masih boleh bercakap, kenal orang dan sebagainya...tapi sekarang, hanya pandangan kosong diberikan," ujarnya awal tahun ini.
Artikel Berkaitan: