Patung Trump dibina di negara kelahiran isteri

Patung Presiden AS, Donald Trump di kampung halaman isterinya di Slovenia undang kecaman. - Foto AFP
Patung Presiden AS, Donald Trump di kampung halaman isterinya di Slovenia undang kecaman. - Foto AFP
A
A
A

LJUBLJANA - Sebuah patung kayu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dibina di negara kelahiran isterinya, Melania Trump di Slovenia.

Patung setinggi lapan meter yang dihasilkan artis Tomaz Schlegl dibina di Kampung Sela pri Kamniku, kira-kira 30 kilometer utara Ljubljana.

Ia dibina di atas tanah persendirian dan menunjukkan aksi Trump mengangkat tangan kanan ke udara.

Schlegl memberitahu AFP, patung berkenaan dibina sebagai komen terhadap populisme.

"Untuk kali pertama sejak Perang Dunia Kedua populisme semakin menyerlah, lihat Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, lihat presiden Trump atau Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban. Ke mana hala tuju dunia ini?

"Kami mahu membuka mata ramai tentang makna demokrasi," kata Schlegl.

Schlegl menambah terdapat mekanisme dalam struktur kayu itu yang membolehkan ekspresi muka patung itu berubah daripada mesra kepada menakutkan, sebagai lambang hipokrasi ahli politik populis.

Patung Trump itu turut mengundang pelbagai reaksi atas talian, antaranya ia merupakan satu pembaziran kayu dan tidak sepatutnya dibina.

Artikel Berkaitan:

Ada yang berkata patung berkenaan hodoh dan tidak sesuai dengan landskap kawasan yang cantik.

Terdahulu, patung Melania didirikan di kampung halamannya, Sevnica namun ia dikecam kerana kelihatan mirip dengan karakter kartun Smurfette.

Kampung halaman Melania menjadi magnet pelancongan sejak Trump dilantik menjadi pemimpin AS pada tahun 2016. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: 'Melania Trump' jadi Smurfette